Jumat, 26 Maret 2010

Nabi pun sayang kucing




Tahukah anda Nabi Muhammad saw juga membela kucing?

Salah satu kucing kesayangan baginda ialah Muezza. Diriwayatkan, suatu ketika Nabi ingin menunaikan solat setelah mendengar kumandang azan, tetapi Muezza sedang tidur di atas jubahnnya.Kerana Nabi Muhammad tidak mau mengganggu tidur Muezza, maka baginda memotong bagian jubahnya yang digunakan oleh Muezza untuk alas tidurnya. Sesudah Nabi kembali ke rumah, Muezza kelihatan kesal dengan perbuatan Nabi dan Nabi memohon maaf atas perbuatannya.Subhanallah..^o^

Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi suka ialah, dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan ada waktunya suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Bahkan kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.

Beberapa orang terdekat Nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq, isteri Nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan ketika kucingnya mati. Abdurrahman bin Sakhr Al-Azdi, digelar sebagai Abu Huroirah yang bermaksud bapa kucing jantan kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

Malah bagi mereka yang pernah ke Tanah Suci Mekah, pasti berpeluang menziarahi Masjid Kucing. Dikatakan setiap kali masuk waktu solat, kucing akan berkumpul di situ. Malah ada pernah terdengar cerita, sesetengah orang semasa menunaikan haji ternampak kucing mengadap kiblat seolah-olah sedang bersolat . Wallahualam...

2 komentar: